Followers

Monday, November 7, 2011

Tips Penampilan: Cara mudah menjadi fotogenik dihadapan kamera..


Pasti ramai mereka diluar sana 'gila' bergambar bukan?? Salah satu sebab kita bergambar adalah kerana kita mahu jadikan sebagai kenangan manis mungkin. Di sini saya ada berikan sedikit tips bila berhadapan dengan kamera.

Langkah ke 1

Pastikan jangan sesekali berasa tegang jika di depan kamera, usahakan untuk tampil lebih tenang dan berkesan di depan kamera dengan menghasilkan gaya yang semulajadi tanpa dibuat-buat.

Langkah ke 2

Jika panik cuba biasakan seperti anda sudah biasa berhadapan dengan kamera. Cuba biasakan untuk buat latihan sebelum berhadapan dengan kamera. Hal ini akan memberikan anda latihan untuk lebih menghasilkan senyum dan gaya yang fotogenik tanpa dibuat-buat.

Langkah ke 3

Jangan menggunakan aksesori yang berlebihan, jika anda menggunakan aksesori yang berlebihan dan anda belum terbiasa, hal ini akan membuat anda akan kelihatan seperti badut. Jadi usahakan untuk menggunakan aksesori sewajarnya saja.

Langkah ke 4

Cuba untuk bergambar dengan teman anda jika anda merasa kurang percaya diri. Biasanya jika bergambar dengan teman kita berdua atau bertiga akan membuat kita mudah mengikuti gaya mereka, dan lebih natural.

Langkah ke 5

Jika mata anda tidak terbiasa untuk berhadapan dengan kamera, sebaiknya anda juga boleh bergambar tanpa melihat kearah kamera. Lazimnya hal ini biasanya dilakukan foto model yang memang sudah fotogenik. Namun jika anda merasakan hal ini akan membuatkan anda lebih percaya diri dan berjaya , mungkin hal tersebut boleh diterapkan dengan gaya anda didepan kamera.




*Untuk lebih mengetahui tips kecantikan & lain-lain sila ke
www.dyaromantikaresources.blogspot.com



No comments:

Post a Comment