Followers

Friday, November 18, 2011

Mengenali Personaliti Datuk Siti Nurhaliza



Siapa yang tak kenal dengan Datuk Siti Nurhaliza penyanyi no 1 Malaysia..
Teruja bila dia muncul dengan imejnya yang tersendiri.
Personaliti beliau berciri Kewanitaan Romantik (Feminin Romantik).
Mereka di dalam kategori Berciri Kewanitaan dan Romantik ini akan mengenakan pakaina yang mempunyai elemen beropol-ropol tidak kira di mana mereka berada sama ada sewaktu bersantai, di majlis makan mahupun sewaktu bersukan.
 Misalnya, mereka akan mengenakan kemeja-T berbunga-bunga dengan skirt denim berwarna merah samar atau menggunakan anting-anting panjang ketika memakai sut.



Apakah personaliti anda??











 Kredit to Rizman Ruzaini


  Kredit to Rizman Ruzaini

Go google


  Kredit to Rizman Ruzaini

 Simple but nice
 Go Google

Go Google



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai personaliti sila ke 



Rokok Memang Tak Halal...





PERCAYAKAH ANDA???

Wahhh,, betullah mana ada rokok ada label 'HALAL'...
Bercakap mengenai rokok,,
 hari tue belek-belek la home di FB.
Tiba-tiba nampak ada someone nie share keratan akhbar.
Cuba baca.....





SAKIT DADA OK LAGI SEBAB SYOK PUNYA PASAL..
Sekarang-sekarang nak tanya...

SAKIT TAK HATI??? 
RAMAI PAK HAJI, ATOK-ATOK, BAPAK-BAPAK, PAKCIK-PAKCIK, SUAMI-SUAMI, JIRAN-JIRAN merokokkan....
Bila mufti dah kata HARAM,, ada plak yang kata rokok makruh buat hukum sendiri sebab syok habis ye...

'Aduh. Aduh. Adu-du-du-du-du-du.....'

Sabar ya... saya tau zaman dah moden dunia dah maju tapi 'HISAP BABI',,
 kata member.

Soo kalau ada nampak orang hisap babi 
Eh  kalau ada nampak orang hisap rokok lepas nie,,
 kena cepat-cepat bagitau,,
 'EHH. hisap babi,, lari-lari....'

Haahaa comfirm mengelupor pak sedara mak sedara..
Mak sedara menggelupor sebab dia pun meghisap jugok,,
 udoh laki ngisap memang comfirm leww bini ngikut...
ye idok??


MORAL OF THE STORY: BABI HARAM....




Anda mungkin meminati:

My Favourite Makeup, Creme Lipstick Colour & Hijab Style For Hari Raya~
Tips Penampilan: Cara mudah menjadi fotogenik dihadapan kamera..
My Heart-Ahmad Daiyan Hilman~

Wednesday, November 16, 2011

BLOGSHOP PILIHAN HATI: Semestinya Pilihan Yang Terbaik..



Orang tua-tua kata cantik bukan pada rupa,, yang penting dari hati yang suci..
Soo siapa yang betul-betul rasa dia cantik jomlah join this contest. 
Kita dilahirkan cantik kerana ciptaanNYA...
Bersyukur dengan setiap anugerahnya & menerima dengan seadanya..

Antara blogshop yang dya suka shopping shawl & dress hanya di Chicscouture Enterprise Boutique..




Pict nie masa raya suka sangat-sangat cotton shawl nie memang terbaik!
Kain tebal tapi selesa sejuk je ramai yang suka shawl nie.. :)


Look nice right,, raya dengan hati senang dengan collection yang terbaik dari ladang!

Siap buat banyak kali ta kira pergi jusco pun nak pakai jugak....


<3<3<3


Menggayakan dress dari collection kak jannah juga.. :)



Memang terbaik kualiti shawl & dress di sini..
Antara koleksi dya yang menjadi pilihan hati..
Siapa nak  shoppinh dress, baju or kasut bolehlah singgah blog kak jannah kita ya...


JOM SERTAI CONTEST JANNAH-SHAWL
(hantarkan gambar santai anda sekarang) 
melalui fb chicscouture @ email chicscouture@yahoo.com



Thursday, November 10, 2011

Berani lempanglah isteri nie...



Siapa kata suami isteri baik-baik sentiasa,,
Siapa kata suami tak boleh beri muka pada si isteri,,
Siapa kata suami isteri tak boleh gila-gila,,
siapa lagi kata??

Tak perlu lempang isteri,, BOIKOT-BOIKOT! :))

Tapi KAMI memang SEMPOI...
NAK DIJADIKAN CERITA..

Yang penting doctor pening kepala bila KAMI bertekak dalam klinik masa bawa baby (HILMAN) jumpa doctor petang tadi.

Doctor pesan apa??

Jangan makan depan baby & beri baby makanan xberkhasiatttt......
belum doctor habis cakap husband dya dah mencelah,,
"Nie ha doctor mak dia suka makan junk food 2 anak pun suka~"
selamber dekk je cakap kita macam tue.
Doctor tak habis cakap lagi kot.....

Kita punya telinga berdesing la amboi boleh cakap macam 2~~~~
doctor sambung beritahu jangan bagi baby makan pedas-pedas..
nak tau dya jawab kat doctor...
"Hah nie ha yang suka makan pedassss bapak xguna nie...."
sambil hubby tersemburrr gelak mengekeh-ngekeh,, cover leteww..

Doctor siap cuit & gelak jugak..
[doctor lelaki agak lembut 2 ha main cuit-cuit..]
doctor kata:
" i ha mula-mula fikir ini bapak xelok la cakap sama mak macam 2...
tapi bila mak sudah cakap itu rupa i fikir,, u all memang close la....."

Begitulah ragamnya si suami & si isteri yang lain juga..
Si isteri dengki sang suami..
Sang suami suka dengki si isteri..
Sebab umie dengan ayah pun macam 2,,
mak & abah pun macam 2..
memang ok leteww!

Husband dya nie muka je jambu,,
 tapi pemalu subhanallah..
ada ke patut kalau jalan dia menonong je takde pun nak pimpin kita..
Nanti orang pimpin tangan orang lain kang,, terkangkang abang!
Lagilah kalau nak manja-manja depan orang,, uhuhu suami isterikan nak malu hape ~ :DD
Dya sama perangai macam ayah manja..
 kuihkuih...

Niat dihati kalau ada rezeki yang besar nak bahagiakan suami saya Ahmad Ernerazian,,
 walaupun dia tak kisah saya tak pernah beri dia apa-apa hadiah besar pun,,
sebab saya xbekerja..
bak kata Aziemah Ash'ari punya dialog,,
UNTUNGLAH!! hahaha untung sangat :DD


*Ustazah a.k.a penceramah masa kami ambil kursus nikah kata...

"Kalau nak bermanja dengan suami nak panggil gelaran suami DOREMON @ apa sahaja panggilan pun tak apa jika suami izinkan untuk kebahagiaan,,
siapa nak halangkan & jangan dirisaukan dengan kata-kata orang,,
apa yang penting redha suami. INSYALLAH..."





Senyum sokmo masa baru-baru kahwin pinggan mangkuk tak bukak lagi makan guna senduk & apa yang ada.. soo nice teringat kembali~



Kadang-kadang dya cakap pada family: Nie abang saya kadang-kadang cakap,,
nie pakcik saya kalau time dia selekeh.
*PADAN MUKA!



Ok menyampah tengok muka cover cun...
bluerkkkkkk :DDDDDDD



Abangku rongak [nama manja]... :D


Nota kaki:
Kalau dah suami minta panggil nama DOREMON apa salahnya comel & sweet gitukan. 
Itu namanya suami isteri gila kentang [SPORTING]!

*Ada orang kata memang macam adik beradik,,
tak tau betul @ tidak terpulang apa kata anda.. :D






Monday, November 7, 2011

Tips Penampilan: Cara mudah menjadi fotogenik dihadapan kamera..


Pasti ramai mereka diluar sana 'gila' bergambar bukan?? Salah satu sebab kita bergambar adalah kerana kita mahu jadikan sebagai kenangan manis mungkin. Di sini saya ada berikan sedikit tips bila berhadapan dengan kamera.

Langkah ke 1

Pastikan jangan sesekali berasa tegang jika di depan kamera, usahakan untuk tampil lebih tenang dan berkesan di depan kamera dengan menghasilkan gaya yang semulajadi tanpa dibuat-buat.

Langkah ke 2

Jika panik cuba biasakan seperti anda sudah biasa berhadapan dengan kamera. Cuba biasakan untuk buat latihan sebelum berhadapan dengan kamera. Hal ini akan memberikan anda latihan untuk lebih menghasilkan senyum dan gaya yang fotogenik tanpa dibuat-buat.

Langkah ke 3

Jangan menggunakan aksesori yang berlebihan, jika anda menggunakan aksesori yang berlebihan dan anda belum terbiasa, hal ini akan membuat anda akan kelihatan seperti badut. Jadi usahakan untuk menggunakan aksesori sewajarnya saja.

Langkah ke 4

Cuba untuk bergambar dengan teman anda jika anda merasa kurang percaya diri. Biasanya jika bergambar dengan teman kita berdua atau bertiga akan membuat kita mudah mengikuti gaya mereka, dan lebih natural.

Langkah ke 5

Jika mata anda tidak terbiasa untuk berhadapan dengan kamera, sebaiknya anda juga boleh bergambar tanpa melihat kearah kamera. Lazimnya hal ini biasanya dilakukan foto model yang memang sudah fotogenik. Namun jika anda merasakan hal ini akan membuatkan anda lebih percaya diri dan berjaya , mungkin hal tersebut boleh diterapkan dengan gaya anda didepan kamera.




*Untuk lebih mengetahui tips kecantikan & lain-lain sila ke
www.dyaromantikaresources.blogspot.com



Saturday, November 5, 2011

Salah satu perkara yang menyusahkan orang....



Kalau ada permintaan dari seseorang yang boleh dipertimbangkan bolehlah join sekaki...
Nie ha adik kesayangan minta main jawab-jawab soalan dia pulak daa..

SYARAT-SYARAT permainan :

1. Post this rule
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the questionS the tagger set of you
4. Create 11 NEW Question for the people who you tagged to answer
5. Choose 11 blogger to tag and link them on the post
6. NO TAG back yeah !


11 perkara tentang diri saya-TERPAKSA JUJUR!

1-Senyuman menawan kalbu sang suami
2-Bulu mata asli menawan hati Aziemah Ash'ari
3-Kuat makan tambah 3-5 kali. Lagilah dapat makan FREE!
4--Suka makan tempoyak goreng, sambal belacan, petai, jering
5-Tak suka kentut bersepah-sepah macam abang saya..
6-Suka berfoya-foya dengan hilman & daddy hujung minggu.
7-Sangat obses dengan baju.
[rumah dah penuh sangat dengan baju]
8-Manja mengada-ngada kuihkuihkuih.
9-Cepat terasa bila orang:-
kutuk-kutuk: ayah suka kutuk orang,
perli-memerli: sebelah keluarga suami padahal xpaham apapun xkisah sebab gurau-gurau,
mahupun marah sikit je: abang selalu xjadi marah bila dinda merajuk.
10-Perangai gila-gila, suka menangis macam budak kecit, kejap baik, kejap jahat macam AZIEMAH ASH'ARI..
11-Takut dengan binatang buas..


Ini soalan dari budak gedik Aziemah Ash'ari

1. benda yang awak tak suka?
-Aziemah Ash'ari

2. kalau awak dapat 1juta, awak nak buat apa duit tu?
-Simpan bawah ketiak nak buat Kelas Mengaji FREE & bantu diri sendiri untuk mmbantu orang lain yang memerukan.

3. suka kombinasi colour apa?
-Colourfull:-Pinky, Red & etc...

4. suka coklat tak? kenapa?
-Suka laa ko yang tiru-tiru semua kaklong suka!

5. benda yang awak tak suka pasal saya?
-Bila kat rumah AZIEMAH ASH'ARI WAJIB tension,, lepas 2 dia lepaskan geram pada semua orang..
Dia akan buat satu bunyi pelik begini..
bunyi nie buat sendiri ok..
"EeeeEeeeEeeeEeeeEeeeEeeE.............................!!!"

6. suka binatang apa?
Angry Bird & Barney

7. orang yang paling awak sayang?
Mesti ahh kekasih gelap selaku suami,senior[orang tua], kawan, doctor, member baik..
:My KERANDA:-AHMAD ERNERAZIAN:

8. kalau ada orang benci awak , apa awak buat?
SEPAK GUNA KAKI,, lepas tua buat thumbs up & kata pada dia
'PADAN MUKA'

9. bila awak free , apa awak buat?
TIDUR, ON9 & GADUH DENGAN HILMAN DEKAT RUMAH...

10. awak takut hantu tak?
Tak takut,, ko syirik ehh Allah laa kena takut!
Tak belajar subjek PJK la tueww~

11. kalau dibagi peluang untuk awak jadi perdana menteri, apa yang awak nak buat?
Nak bagi kelas mengaji umie FREE pada ROSMA & NAJIB...




Saya nak TAG




Sila jawab apa yang anda perlu jawab JUJUR..

1-Apakah agamamu?
2-Orang yang anda sayangi?
3-Dah join skin care class dya romantika ke?
4-Masa sekolah rendah/menengah siapa yang kuat tidur?
5-Agak-agak ada ke orang sayang anda?
6-Siapa DYA ROMANTIKA di mata anda?
7-Kalau anda berjaya apa yang anda mahu lakukan nanti?
8-Siapa yang anda benci?
9-Adakah anda rasa anda HOT? HOT TANG APA DIA...
10-Kalau anda gila,, anda sekarang??
11-Kalau diberi peluang anda dapat hidup bersama orang yang anda tak suka tengok je dah ngeri,, anda??


**MORAL OF THE GAME: Apa segala macam soalan terkumpul boleh diberikan pada seseorang yang anda rasa perlu & bagus beri follower anda juga untuk hargai mereka semua.. SELAMAT MENCUBA :)

Keranda sayang Adinda??



"Keranda sayang dinda?? tanya isteri kepada sang suami.."
Sang suami menjeling si isteri.......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebelum tidur seperti biasa si isteri akan memarahi si suami..
Jangan tutup lampu!! dinda nak pandang muka abang..
Itu ragam si isteri memandang tepat wajah si suami sampai dia terlena bersama..
jika ada masalah, persoalan yang terbuku di atas katil itu jugalah tempat mereka melepaskan rasa suka & duka..

Tiba-tiba si isteri bersuara..
abang,, abang sayang dinda??
walau abang letih mata terpejam tapi abang tetap menjawab
'sayang.....'
dinda suka tanya lagi abang sayang banyak ke sayang sikit??
abang jawab dengan penuh sabar
'sayang banyak...'
banyak macam-mana??
si suami ketawa tiba-tiba.. abang ngantuklah sayang esok sambung lagi ok..
abang.. dinda xboleh tidur....
agak-agak ada suami yang nak bagi isteri pelempang x??
syukur suami saya cuma tidur lena xingat saya..

hahahaaa itulah kerja si isteri yang selalu di gelar 'bocaki' oleh suami beliau..
pernah suatu hari si suami meluahkan rasa tidak puas hatinya.
dinda boleh jadi macam dinda dulu-dulu??
dulu-dulu macam mana abang..
dinda dulu ketawa tutup gigi comel agaknya permintaan tinggi yang cuba dilaksanakan..
si isteri menjawab abang.. boleh abang jangan kentut satu hari??
si suami memikir panjang dan tersenyum dia tahu ada sahaja jawapan yang akan dijawab oleh 'bocakinya itu..'


mereka ketawa bersama sambil memerhatikan putera kesayangan mereka sedang diulit mimpi.
Malam itu seperti biasa ada syarat wajib mereka tidak boleh membelakangi antara 1 sama lain, sebelum tidur si isteri akan memohon ampun dan maaf jika ada terkasar atau membuatkan si suami terkecil hati dengan tidak disengajakan..
dia tahu bocakinya memang mengada-ngadanya.





Si isteri pernah berkata sebelum tidur.
abang,, dinda sayang abang..


LOVE.OVE.LOVE.LOVE.LOVE.LOVE

Bulan Kelahiran & Sifat Anda..



JANUARI


bercita-cita tinggi dan orangnya serius
mudah mendisiplinkan diri sendiri


suka mendidik dan dididik
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
cukup sayang pada kanak-kanak

suka smart, kemas dan teratur
suka duduk rumah

bersifat sensitif, berfikiran mendalam
setia pada segala-galanya

pandai mengambil hati org lain
perlu belajar kemahiran sosial

pendiam kecuali telah dirangsang
cukup cemburu yang sangat tinggi

agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi


FEBRUARI

berfikiran abstrak
mudah menpamirkan marahnya

sukakan benda yang reality dan abstrak
tidak suka benda yang remeh-temeh

inteligent, bijak dan genius
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya

berpesonality yang mudah berubah
sangat berani dan suka memberontak

mudah menawan orang lain
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya

agak pendiam, pemalu dan rendah diri
pemerhatian yang tajam

jujur dan setia pada segalanya
suka hiburan dan sukan

keras hati untuk mencapai matlamat
suka benda yang bersifat seni

tidak suka dikongkong
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

mudah memberontak apabila dikongkong
berkecenderungan pada benda yang tahyul

suka kegiatan yang lasak
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

emosinya mudah terluka dan sangat sensitive
belajar untuk mempamerkan emosi


MAC

berpesonaliti yang menarik dan menawan
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

mudah didampingi
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal

sangat pemalu dan pemendam rasa
suka berangan-angan

sangat baik secara semula jadi,
suka melancong

jujur pemurah dan mudah simpati
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
kelam kabut dalam memilih pasangan

suka pada kedamaian
suka dengan hiasan rumahtangga

sangat peka kepada orang lain
punya bakat seni dalam bidang muzik

Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
kencenderungan kepada benda yang istimewa

tidak cepat marah dan sangat amanah
dan baik jangan terlalu moody

tahu balas budi dan tahu kenang budi



APRIL

sangat aktif dan dinamik
try control the emotion

cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
kecenderungan bersifat dendam

sangat menarik dan pandai manjakan diri
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan

punya daya mental yang sangat kuat
kuat daya ingatan

suka diberi perhatian
gerak hati yang sangat kuat

sangat diplomatik (pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masaalah orang)
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

sangat berani dan tiada perasaan takut
berpenyakit disekitar kepala dan dada

suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
sangat cmeburu dan terlalu cmeburu hingga ketahap merbahaya

emosi cepat terusik


MEI

kekerasan hati dan degil
tidak perlu dimotivasikan
fizikal yang baik

kuat semangat dan bermotivasi tinggi
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
kelemahan sistem pernafasan

pemikiran yang tajam
sangat manja dan mudah dipujuk
suka sastera, seni dan muzik serta melancong

mudah marah apabila tidak dikawal
bersikap sistematik (otak kiri)
tidak berapa suka duduk dirumah

pandai menarik hati orang lain dan snagat menarik perhatian
suka berangan
tidak boleh duduk diam

perasaan yang amat mendalam
kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu
rajin dan bersemangat tinggi

cantik dari segi mental dan fizikal
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
agak boros

mempunyai daya tarikan yang tinggi
daya khayalan yang tinggi pemikiran tajam


sering menjadi perhatian
pandai berdebat


JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah berkawan dan pandai berkawan

mudah ditawan kerana sikap baik
orang yang sangat tertib

berperangai yang lemah lembut
pandai mempamerkan sikap

mudah berubah sikap, perangai, idea, mood
mudah kecil hati

idea yang terlalu banyak di kepala
mudah kena selsema

bersikap sensitive
suka berkemas

otaknya aktif (sentiasa berfikir)
cepat rasa bosan

sukar melakukan sesuatu dengan segera
sikap terlalu memilih dan cerewet

bersikap suka menangguh-nangguh
kurang mempamerkan perasaan

bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
lambat nak sembuh apabila terluka hati

cepat marah dan cepat sejuk
suka kepada barang yang berjenama

suka bercakap dan berdebat
mudah menjadi eksekutif

suka buat lawak dan bergurau
kedegilan yang tidak terkawal

otaknya cerdas berangan-angan
sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi saya tetapi menegur saya adalah kawan saya


JULAI

sangat seronok didampingi
tinggi daya simpati

banyak berahsia dan sukar dimengertikan terutamanya lelaki
pemerhatian yang tajam

agak pendiam kecuali diransang
suka menilai orang lain dengan pemerhatian

ada harga dan maruah diri
mudah dan rajin belajar

tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
suka muhasabah diri

mudah dipujuk dan bercakap lurus
suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama

sangat menjaga hati orang lain
suka mendiamkan diri

sangat peramah
suka duduk dirumah

emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan

berjiwa sentimental
tak agresif kecuali terpaksa

jarang berdendam
lemah dari segi kesihatan perut

mudah memaafkan tapi sukar melupakan
mudah gemuk kawal tak kawal diet

tidak suka benda remeh-temeh
minta disayangi

membimbing cara fizikal dan mental
mudah terluka hati tapi lambat pulih

sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
terlalu mengambil berat

layanan yang serupa dengan semua orang
rajin dalam membuat kerja


OGOS

suka berlawak
sangat cemburu

mudah tertawan kepadanya
daya pemerhatian yang tajam dan teliti

sopan santun dan caring terhadap orang lain
cepat berfikir

berani dan tidak tahu takut
fikiran yang berdikari

orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
suka memimpin dan dipimpin

pandai pujuk orang lain
sifat suka berangan

terlalu pemurah dan bersikap ego
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat

nilai harga diri yang sangat tinggi
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk

dahagakan pujian
cepat ditimpa penyakit

semangat juang yang luar biasa
belajar untuk relax

cepat marah dan mudah mengamuk
sangat kelam kabut

mudah marah apabila cakapnya dilawan
suka mencari kawan


SEPTEMBER

sangat bersopan santun dan bertolak ansur
sangat sensitif yang tidak diketahui
mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia

sangat cermat, teliti dan teratur
orang yang banyak berfikir
suka sukan, hiburan dan melancong

suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
daya pentaakulan yang baik
kurang menunjukan perasaannya

pendiam tapi pandai bercakap
otak bijak dan mudah belajar
terluka hatinya sangat lama disimpan

sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
suka mencari maklumat
terlalu memilih pasangan

sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur
kawal diri dari terlalu mengkritik
sukakan benda yang laus

kerja yang dilakukan sangat sempurna
pandai mendorong diri sendiri
bersistematik


OKTOBER

suka sembang
tidak suka terima pandangan orang lain

suka orang yang sayang padanya
emosi yang mudah terusik

suka ambil jln tengah
suka berangan & pandai bercakap

sangat menawan & sopan santun
emosi yang kelam kabut

manja
daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)

kecantikan luar & dalam
suka melancong, bidang sastera & seni

tidak pandai berbohong & berpura-pura
pengasih, penyayang & lemah lembut

mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
romantik dlm percintaan

sentiasa berkawan
mudah terusik hati & cemburu

hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
ambil berat tentang orang lain

cepat marah
suka kegiatan luar

pentingkan diri sendiri
orang yang adil

tidak menolong orang kecuali diminta
boros & mudah dipengaruhi persekitaran

suka melihat dari perspektifnya sendiri
mudah patah semangat


NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
pandai muhasabah diri

sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
cara berfikir lain dari orang lain

berfikiran kehadapan
otak yang sangat tajam

berfikiran unik dan bijak
pandai mendorong diri sendiri

penuh dengan idea-idea yang luarbiasa
tidak hargai pujian

pemikiran yang tajam
kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya

daya firasat yang mendalam dan tinggi
badan yang tough

bagus untuk jadi doktor
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam

cermat dan teliti
romantik

personaliti dinamik
tidak pasti dengan hubungan kasih sayang

sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
suka duduk dirumah

banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
sangat rajin dan berkemampuan tinggi

berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
amanah, jujur setia dan pandai berahsia

terlalu degil dan keras hati
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

apabila hendak, pasti diusahakan sehingga berjaya
bercita-cita tinggi

tak suka marah kecuali digugat
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

mudah ambil berat terhadap orang lain


DISEMBER

sangat setia dan pemurah
sangat jujur amanah dan bertolak ansur

bersifat patriotic
tidak pandai berpura-pura

sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
cepat marah

sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah

bercita-cita tinggi
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Benci pada kongkongan

seronok didampingi
suka berlawak

suka bercampur dengan orang
pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai


'Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Fadzillah Kamsah selama 25 tahun . Kesahihannya tak dapat dibuktikan.Kalau kena dengan sikapnya, mungkin ianya secara kebetulan ataupun memang itulah sikapnya yang sebenar. Who knows?'