Followers

Saturday, August 11, 2012

Tak sabar nak merasa detik kesakitan semasa bersalin...



Asalamualaikum & salam ramadhan semua,,
Alhamdulilahsyukur ramadhan kali ini dapat lagi disambut dengan suasana yang bersederhana..
Juga Hari Raya yang akan menjelma seminggu sahaja lagi..
Masing-masing sibuk dengan lagsir raya, kuih raya, kasut raya, beg raya, kereta raya macam-macam lagilah yang baru bila tiba hari raya...

Bagi saya raya kali ini teramat istimewa kerana tidak sabar ingin menyambut kedatangan orang baru untuk kami sekeluarga...
Insyallah dijangkakan kelahiran untuk anak kedua akan tiba pada 7/9/2012 bersamaan 2 minggu selepas Hari Raya pertama.. Persiapan baby tidaklah terlampau-lampau cukuplah bersederhana,,
cuma kali ini excited bila nak sangat ada katil baby untuk kegunaan baby baru kerana adanya si abang yang agak lasak bermain.

Jika diikutkan 2 tahun lepas & semasa itu umur saya hanyalah 21 tahun,, 
semasa kelahiran pertama Ahmad Daiyan Hilman saya tidak dapat merasa nikmat kesakitan untuk bersalin kerana baby songsang. 
Dan kali ini pada usia 23 tahun,,
insyallah jika ada rezeki dapatlah saya merasa 1 nikmat kesakitan untuk bersalin secara normal kerana keadaan bayi yang aktif & berpusing ke bawah tidak seperti sebelum ini.
Itu satu anugerah & pengalaman bukan sebagai seorang ibu bila ada yang mengatakan proses bersalin yang teramat sakit tidak dirasai seperti ibu-ibu lain.








Cuba bayangkan betapa nikmatnya menjadi seorang ibu diusia yang muda seperti ibu & nenek-nenek kita kahwin muda remaja...

Nak tau kisah saya melahirkan & ragam anak pertama:








No comments:

Post a Comment