Followers

Saturday, August 11, 2012

Seronok bila dapat menyusukan anak sendiri sehingga usia 2 tahun...



Assalamualaikum,,


Pada mulanya ingin teruskan niat dihati menyusukan anak teruna hingga ketitisan akhir air susu.
tapi apakan daya bila saya disahkan hamil anak ke dua pada febuari 2012 masuk 2 bulan kehamilan.
Doctor mencadangkan supaya saya memberhentikan penyusuan untuk anak pertama kerana risau keadaan saya semasa itu kandungan masih baru & agak lemah.

Semenjak nasihat doctor saya terus memberikan hilman susu formula untuk melatih dia berdikari.
Perasaan gembira & sedih bercampur sebenarnya.
Gembira denagn kedatangan orang baru dalam keluarga & sedih bila hilman baru masuk 2 tahun pada masa itu.
Hati anak mana tidak terasa bila kasih sayang yang diberikan selama ini hanya untuk dia tiba-tiba perlu dikongsi dengan adiknya pula.

Bila kandungan semakin membesar dari hari ke sehari saya cuba mendidik hilman supaya memahami mummy & daddy tidak pernah kurang manyayanginya.
Alhamdulillah kini kandungan mencecah 8 bulan & setiap malam hilman akan cuba berikan kasih sayang kepada adiknya pula..
Bila melihat telatah hilman yang bakal menjadi abang sungguh tidak dijangka,,
Hilman boleh diharap & pandai berdikari.
Cuma kadang-kala ada masa-masa yang dia sendiri inginkan perhatian yang lebih dari mummy.
daddy pula tidak kurang hebatnya sudah pandai membela hilman,, hehee :)


Antara hilamn zaman gagah perkasa rahsianya cuma air susu mummy <3




















Tak sabar nak merasa detik kesakitan semasa bersalin...



Asalamualaikum & salam ramadhan semua,,
Alhamdulilahsyukur ramadhan kali ini dapat lagi disambut dengan suasana yang bersederhana..
Juga Hari Raya yang akan menjelma seminggu sahaja lagi..
Masing-masing sibuk dengan lagsir raya, kuih raya, kasut raya, beg raya, kereta raya macam-macam lagilah yang baru bila tiba hari raya...

Bagi saya raya kali ini teramat istimewa kerana tidak sabar ingin menyambut kedatangan orang baru untuk kami sekeluarga...
Insyallah dijangkakan kelahiran untuk anak kedua akan tiba pada 7/9/2012 bersamaan 2 minggu selepas Hari Raya pertama.. Persiapan baby tidaklah terlampau-lampau cukuplah bersederhana,,
cuma kali ini excited bila nak sangat ada katil baby untuk kegunaan baby baru kerana adanya si abang yang agak lasak bermain.

Jika diikutkan 2 tahun lepas & semasa itu umur saya hanyalah 21 tahun,, 
semasa kelahiran pertama Ahmad Daiyan Hilman saya tidak dapat merasa nikmat kesakitan untuk bersalin kerana baby songsang. 
Dan kali ini pada usia 23 tahun,,
insyallah jika ada rezeki dapatlah saya merasa 1 nikmat kesakitan untuk bersalin secara normal kerana keadaan bayi yang aktif & berpusing ke bawah tidak seperti sebelum ini.
Itu satu anugerah & pengalaman bukan sebagai seorang ibu bila ada yang mengatakan proses bersalin yang teramat sakit tidak dirasai seperti ibu-ibu lain.








Cuba bayangkan betapa nikmatnya menjadi seorang ibu diusia yang muda seperti ibu & nenek-nenek kita kahwin muda remaja...

Nak tau kisah saya melahirkan & ragam anak pertama:








Thursday, August 9, 2012

Shampoo yang saya guna....




L'oreal Elvive Nutri Gloss Light  



Assalamualaikum & hi!

Untuk kali nie dya just nak share beberapa koleksi penjagaan rambut sebab ada yang tanyakan dya untuk produk rambut yang bagus..
Dulu-dulu time muda belia zaman anaks darer rambut dya hitam, lebat & ikal mayang..
ada beberapa orang yang jeles jugak bila kita dapat rambut begini...
Amboi....
tapi itulah manusia tak pernah puas sibuk buat rebonding nak luruskan rambutlah pulak...
Lepas kahwin malas nak jaga tup-tup mengandung & bersalin..


Selepas melahirkan anak yang pertama masalah keguguran rambut agak teruk & rambut dya agak kusam & tak bermaya.

Lagilah rambut dya nie ikal/ kerinting besar.
Soo dya try set shampoo nie untuk merawat rambut dya lebih nampak bermaya, segar & tak kering..

Things to be happy about –

  • L’Oreal Nutri Gloss Mirror Shine Shampoo makes the hair really shiny
  • L’Oreal Nutri Gloss Mirror Shine Shampoo makes the hair a little softer too
  • The price of L’Oreal Nutri Gloss Mirror Shine Shampoo is pretty low
  • L’Oreal Nutri Gloss Mirror Shine Shampoo does not take a lot of shampoo to was the hair
  • L’Oreal Nutri Gloss Mirror Shine Shampoo does not make the hair fizzy if dried naturally
  • The fragrance of L’Oreal Nutri Gloss Mirror Shine Shampoo is mild and sweet

Things to lament about –

  • L’Oreal Nutri Gloss Mirror Shine Shampoo is not friendly towards dandruff prone scalp
  • The hair gets fizzy if blow dried after washing with L’Oreal Nutri Gloss Mirror Shine Shampoo
  • If the hair is dry, then extra conditioning is needed after washing the hair with L’Oreal Nutri Gloss Mirror Shine Shampoo.



Oh ini tipu curly dibuat oleh Makeup artis....

Lepas menggunakan beberapa bulan dya terus bertukar kepada L'oreal Elvive Smooth-Intense Ultra Rich..
Memang sangat berpuas hati & pakai 1 set untuk effect yang cun!
Nak tau apa jadi rambut terus jadi ikal mayang yang natural tanpa set rambut ok...
Macam barbie doll gitu,,
rambut dya tebal & bila pakai memang berpuas hati dengan resultnya!!



L'oreal Elvive Smooth-Intense Ultra Rich


Testimoni:





Elseve perkenal rangkaian baru bantu selesaikan masalah kulit kepala ikut keperluan semasa
SEJAK zaman lampau hingga sekarang pelbagai petua diamalkan untuk mengekalkan kesihatan rambut dan memastikan ia cantik dan sentiasa bersih. Di kalangan masyarakat Melayu misalnya, ada bermacam-macam cara digunakan untuk menjaga kesihatan rambut.
Ini termasuklah, penggunaan santan kelapa yang disapukan pada rambut dan kemudian dicuci, malah amalan ini diulang beberapa kali setiap bulan untuk terus mengekalkan kecantikan rambut. Amalan tradisional itu diakui memberi kesan tersendiri dalam penjagaan rambut, tetapi agak rumit kerana memerlukan banyak masa untuk melakukannya. Justeru, pada zaman moden ini, kebanyakan cara perawatan rambut tradisional diambil alih oleh pelbagai jenis syampu yang ada di pasaran.
Pengurus Produk L’Oreal Paris, Olivia Lee, berkata penggunaan syampu bagi menjaga rambut sihat dan sentiasa bersih serta mengatasi masalah yang ada pada masa kini bagaikan satu kemestian. Apatah lagi, penggunaan syampu dianggap cara paling mudah berbanding kaedah tradisional.
Lee berkata, dengan keadaan iklim atau cuaca yang agak panas di negara ini, penggunaan syampu dilihat lebih penting kerana ia memberi kesan kepada rambut seperti kepala berasa gatal, melikat dan mudah dicemari habuk sehinggakan ada yang menggunakan syampu hampir setiap hari ketika mencuci rambut.
“Rambut menggambarkan personaliti kita. Oleh sebab itulah kebanyakan wanita atau lelaki zaman moden ini menyedari penggunaan syampu dapat membantu mereka untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik,” katanya ketika di temui pada majlis memperkenalkan rangkaian baru syampu, Elseve di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Lee berkata, selain penggunaan syampu untuk mencuci, rambut juga perlu menggunakan produk rawatan bagi memastikannya terus kekal cantik dan sihat, di samping membantu mengatasi masalah seperti gugur, rapuh, berkelemumur, mudah kusut serta bercabang.
Katanya, perawatan rambut seperti penggunaan pupur rambut seelok-eloknya dipakai dua hingga tiga kali dalam seminggu, khususnya bagi mereka yang sering terdedah dengan cuaca panas. Untuk menyapu pupur rambut, eloklah dimulakan pada bahagian tengah rambut kerana ia mengandungi banyak bahan rumusan. Selain itu serum dan penyegar juga elok digunakan setiap hari agar rambut tampak bermaya.
Namun, Lee tidak menafikan setiap individu memiliki rambut yang berbeza dan mempunyai keperluan yang tidak sama.
Memenuhi senario hari ini, katanya, hasil pengetahuan yang diperoleh daripada kajian mendalam terhadap rambut, Elseve mencipta rangkaian unik penyelesaian penjagaan rambut inovatif bagi memastikan rambut tampak hebat, sihat semula jadi dan cantik.
“Produk Elseve diinspirasikan daripada idea bahawa rambut seharusnya dijaga secara betul dan dibelai bagi mendapatkan penampilan yang terbaik. Justeru, produk jenama ini dibangunkan dengan fokus rawatan dan penjagaan yang mana setiap rangkaian dirumus sempurna dengan ramuan aktif khusus bagi memenuhi setiap keperluan serta rawatan terhadap setiap jenis rambut,” katanya.
Rangkaian terbaru diperkenalkan ialah Smooth-Intense Ultra Rich with Nutrileum +Argan Oil yang dikhususkan untuk rambut terlalu kasar dan kerinting. Rangkaian lain, Smooth-Intense with Nutrileum yang dikhususkan rambut yang kering dan kerinting, Nutri-Gloss with Peral Protein bagi rambut tampak tidak bermaya, Color-Vive with UV Nutri-Filter, rambut diwarnakan atau highlight; dan Anti-Breakage with Omega+Ceramide dikhususkan rambut kering dan rosak.
Lee berkata, artis terkenal, Maya Karin dilantik sebagai jurucakap bagi rangkaian Anti-Breakage with Omega+Ceramide. Begitu juga rangkaian lain turut mempunyai jurucakap masing-masing ia bagi memenuhi dan menepati jenis rambut berbeza dimiliki setiap individu.
Powered by Berita Harian

Bila rambt cantik buat muka begini seperti barbie doll look cute seperti Hanis Zalikha!







Wednesday, August 1, 2012

Anak Bujang yang saya SAYANG!



Salam Ramadhan,,
Lama tak dapat nak update berita terkini semenjak pregnant nih...
Tak ada apa yang dapat dikongsikan melainkan merakamkan aksi Putera Sulungku Ahmad Daiyan Hilman...
Mummy tak kering gusi & tak bsan melayan hilman.
Kadang-kadang tue mencabar keimanan & ketakwaan mummy jugak laaa..
Mummy tau hilman nak dapatkan sebanyak mungkin perhatian dari mummy & daddykan..
Soo sekarang nie masih ada waktu beberapa minggu saja hilman akan jadi abang long...
Hilman Nak adik lelaki ke perempuan??

Antara daddy & hilman,,
Hilman lagi excited nak dapat babykan...
Daddy hampeh..... huhuhu :DD

Bila mummy ajar hilman cakap 'SAYANG BABY',,
hilman pun follow mummy dengan nada pelatnya sambil usap pewut mummy,, 'ayamm bey bi...'
Mummy masih tak percaya mummy ada hilman & daddy.
Macam semalam je baru kahwin hahahaaa...
Eh dah masuk dua laa!
Masa hilman lahir,, nenek degong kata hilman macam kartun...
2.5kg kecik je comel je muka hilman baru lahir....

Masih ingat lagi hilman melalak dalam labor room..
Nurse tanya baby boy ke baby girl?
Mujur mummy tak kata: kesian nurse nie pun tak tau ke??..
hehehee tak sampai hati kata gitu tak ingat pun cuma mummy seronok & mummy menitiskan air mata gembira.

Paling tension mummy kena tahan dalam labor room 2 jam lepas deliverkan hilman.
Daddy tunggu luar tengah borak-borak dengan orang.
Tiba-tiba kena panggil Nurhidayah Ash'ari dekat 2-3x.....

Daddy plak terperanjat,,
Eh,, anak aku!
tak dek pun tanya manalah bini aku..
Saja tau ngade!

Nie daddy cerita balik pada mummy itulah saat yang mummy pernah rasa sangat-sangat manis...

Hilman,, mummy tengah nangis nie!!
 hilman kalau nampak mummy nangis,,
Hilman yang pujuk mummykan....
Hilman tany mummy: nanes ehh?
sambil cium-cium mummy..
Kalau mummy tak nangis pun hilman memang suka cium-cium mummy, peluk mummy usap-usap muka mummy.....
Hilman manja sebijik macammmm mummy kata daddy!
Opkos la derrr kann-kann hilman...

Hilman suka ikut daddy gi ceramah agama masa bulan ramadhan nie,,
Daddy kata nak masukkan hilman tahfiz,, biar pandai ngaji  macam mummy & nenek..

Ok hilman dah balik yeyeyeyee!!


 Tiap kali siapkan dia mesti nak rambut ULTRAMAN!


Dah nama anak MUMMY...



Dalam kereta suka himpit-himpit dengan mummy...
Dia tak suka duduk belakang sensorang...


Tengok dia pantang pelawa bergambar pandai dah buat muka..


Terbukti hilman sayang mummy...... lalalaa~


Mualaf lama dah tak pakai songkok kepala sudah besar,,
ada auntie tegur belikan songkok barulah daddy~


ULTRAMAN saya songkok dah terbang!


Nie bapak ULTRAMAN....


Dia buat mata dah~


Baby dalam powot pun nak try!


Daddy teringin la hilaman..


Sayaaamm bey bi!


Hilman diam-diam uncle nie dah buat 2x untuk hilman..


Tak tau diam..


Tarra suka leteww!


Mummy yang mengah hah..


Berbuka di Nilai Spring Resort & Golf


Nak jugak spek tak tinggal....