Followers

Thursday, July 25, 2013

Ikan Bakar Jodoh Style Johor



Salam ramadhan semua..
Soo kali nie kita pakat share resepibikan jodoh ok.
Ikan jodoh diberi nama kerana disatukan di atas kuali leper yang diselimut bersama daun pisang.
Resepinya senang je macam kita huat sambal tumis...



Bawang besar @ bawang kecik dalam 3-4 biji.
Lagi banyak bawang lagi wangi & sedap buat sambal tumis.
Bawang putih 2 biji.
Serai setangkai,
Halia & kunyit anggaran je potongkan sikit.
Cili kering segengam rebus bagi kembang untuk kemudahan kita senang buang biji.
*Blender semua sekali bahan tadi.

Tumis sampai garing kena perasakan dgn garam, aji, gula ikut sesedap tekak memasing.
Arwah atok aku kata masak apapun kena ada 3 bahan perasa tadi.
kalau masak tak ada 3 perasa nie orang tue memang tak professional.
Maaf ye yang..

Kalau chef kat luar 2 dorang pakai banyak bahan perasa contohnya stok la mcm ayam, ikan or anything.
Peganti aji boleh tukar kepada ikan bilis @ budu tengok jugak masakan yang kita nak buat 2 ok..
Tapi Aji amik dalam kuantiti sedikit je karang xori pulak..
Hahaha...
 Aku percaya dia sebab dia tukang masak dekat kampung..

Last sekali bubuh la dekat ikan yang nak dibakar siap balut dengan daun pisang atas kuali leper @ kuali biasa pun boleh..
Dah siap....
*Aku pilih ikan caru je..

*Masa nak makan perahkan asam limau ok serius menggiurkan suami pun makan menjilat jari..
Selamat berbuka...

Friday, July 19, 2013

Resepi Cheesekut Dya Romantika



Salam ramadhan semua teman-teman,,
Semalam verangan buat pavlova tapi tak menjadi.
Takpe dugaan betullah ramadhan nie teringin  sangat nak membuat hasil tangan sendiri.
First time buat hangit!
Second aduanan hari yang sama sebab bersungguh punya pasal tetap tak menjadi...
Rupanya masalah oven umie dya nie tradisional kalau nak bakar kek oklah.
Suhunya makin lama makin naik ke 400°.
Jenis oven lama auto tau tak boleh ubah-ubah suhu.
Ok tak nak cerita panjang jom layan CHEESEKUT DYA ROMANTIKA harinie untuk juadah pencuci muka! Hahaha.. ;)





  • 1 paket biskut Marrie original/ Marrie Coffee/ Deluxe Crackers.
  • Fresh milk Dutch Lady 
  • (Apa saja brand yang cap gantung punya tak boleh ok ;)
  • 1/2 tin susu pekat manis @ gantikan dengan gula kastor.
  • (Gula biasa pun boleh tapi kena haluskan dulu)
  • 250gm cream cheese




1.Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang bersama 1/2 susu @ gula.
Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Kembang tu means creamcheese tu da jadik lembut la pastu color dia jadik cerah sket.
Dya guna gula je tapi ukuran yang sama.
Tuang sikit-sikit.
Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi.  Pukul lagi.



2.  Tambah sket fresh milk anggaran 3 sudu bersamaan dalam 1 senduk nasi.
Tengok kepekatan bancuhan tu.
Jangan cair sebab nanti kek jadik lembik susah nak potong.
Kalau pekat sangat plak nanti bancuhan jadik sket plak so lapisan kek pun tak dapat buat banyak.
 So ikut naluri masing-masing la ye.
*bancuhan yang da siap.
Tak pekat sangat n tak cair.
 Senang je kan.


3. Pastu ambik biskut n celup dalam fresh milk. Celup/ rendam jangan lama sangat nanti dia hancur pulak.
 sebab nanti susah nak angkat & susun.
 Dah celup tu terus susun dalam bekas.
Jangan korang susun dalam mulut plak ye.


4. Susun biskut2 yang da dicelup tu macam ni. Susun lebih kurang je.
 Ni bekas pun saya just guna bekas putih plastik tu je. 
Boleh je guna baking paper tu tak payah letak pun takpe. 
Supaya senang nak kuarkan n potong. 
Tapi setakat nak makan sendiri, potong terus je.



5. Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi.
 Macam ni. 
Tak payah tebal sangat cukup sekadar menutupi.
*Yang nie lapisan kedua boleh letak buah juga.


6. Then Ulang lagi step 3, 4 & 5 sampai abes bancuhan creamcheese tadi.
Pengkritik benas yang adil lagi bijaksana.
Anak bujang mummy Ahmad Daiyan Hilman.

7. Atas sekali mesti lapisan creamcheese ye. 
Boleh juga tabur habuk atas cremecheese tadi.
Bancuhan saya sket sebab creamcheese saya guna tu tak sampai 250gm pun so tak dapat banyak layer. It's ok ikut kreativiti u olls ya..




8. Tutup then simpan dalam peti ais.
Biarkan beberapa jam/ seharian.
Kalau yang lahap boleh ye terus potong. 
Hasilnya nyummy...

Selamat mencuba!
Da buat nanti korang upload plak hasilnye ye...